Tuesday 8 January 2013

UNTUK IBU YANG KEHILANGAN PERMATA HATI

[PERMATA HATI]

Assalammualaikum



DI BALIK TABIR KEMATIAN. Buku terbaru yang sedang di baca untuk menambahkan ilmu yang sentiasa kurang ni. Tapi ada satu petikan yang nak dikongsi dengan mummy2 terutamanya mummy yang pernah keguguran / anak meninggal dunia semasa kecil.

[Bagi seseorang yang ditinggal mati oleh anak atau kerabat terdekatnya, ia harus menjadikan contoh bahawa anaknya itu berangkat ke negeri yang juga akan ditujunya. Dengan demikian, ia tidak perlu merasa sedih dan menyesal kerana tidak lama lagi dia pasti akan menyusul. Jadi ini soal siapa pergi dulu dan siapa yang kemudian. Begitulah kematian. Yang satu berangkat terlebih dahulu kemudian disusul oleh yang lainnya. Jika seseorang meyakini seperti itu, ia tidak akan terlalu bersedih dan mengeluh. Apa lagi ada hadis yang menerangkan tentang pahala bagi orang yang ditimpa musibah ditinggal mati anaknya.]

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bagiku kehilangan seorang bayi kerana keguguran itu lebih aku sukai daripada meninggalkan seratus orang anak yang semuanya menjadi pasukan berkuda yang berperang di jalan Allah."


                                                                                 (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Takziah buat sahabat yg baru keguguran.


Terima kasih kerana sudi menyinggah
By ; Admin Lala Razak



6 comments:

  1. Sangat bagus ni untuk menambah pengetahuan. Tq 4 sharing

    ReplyDelete
  2. as salam baru dapat singgah sini...hanya orang-orang tertentu Allah berikan nikmat itu....yang tak dapat..bersabar jugala..dalam membesarkan anak yang ada...nikmat yang lain pula Allah janjikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam.yup dear. dlm besarkan anak, bnyk ganjaran yg lain mnanti.yg penting ikhlaskan hati manjaga amanah Dia.Tq :)

      Delete
  3. bagus sangat.. sebagai panduan utk kita semua..

    ReplyDelete