Friday 28 December 2012

Di Balik Tabir Sesi Fotografi

[PERMATA HATI]

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah.Hampir 2 bulan dh Lala Kidswear beroperasi. Kami  masih dalam proses belajar lagi cara bisnes online ni. Banyak tanya pada otai2 bisnes online. Pada yg pernah bagi advise, terima kasih daun keladi, lain kali bagi la petua lagi :) 

Untuk entry kali ni, kami nak share gambar-gambar di balik tabir sesi fotografi model-model tak berbayar kami. Grand je kan dengar sesi fotografi model. Padahal storyboard sendiri, set sendiri, jurumekap sendiri, wardrobe sendiri, cameraman sendiri, model pon anak sendiri.hihi. Takpe la nak.tolong mama :)

Bukan senang rupanya nak handle 3orang model kami. Walaupun tak banyak ragam, tapi memang berpoloh-poloh jugak la krew2 dibuatnya.Sorang ke laut, sorang ke hulu, sorang ke hilir. Dalam 50 snap, ade la 2,3 keping yang posing cun. Mentang-mentang model tak berbayar, nak tak nak je buat keje yer. Huh,demand!




First snap, muka model tanpa perasaan.Blurr.Hihi


Gaya duduk plak. Abg Wafiy bersila, Adik Khayra separa bersila, Darwisy dah berlunjur terus ha. Boring2 :)



Suruh dua2 kiss adik khayra.Darwisy buat muke seposen jer.Reject lagi~




Darwisy dah cun,Abg Wafiy plak kene earthquake.



Memaksa dan terpaksa.Reject~





Yeay..dah tukar baju.Jom tgk tv.Pap!!..tepuk dahi krew2.Dah x mo tinggalkan tv plak.





Akhirnya.No camera pelisssss!



Abg Wafiy mula2 yg macam xder mood tetiba jadi super excited.Macam2 gaya dah kluar.Satu2nya model yg bg full commitment.Hihi.Nah, gaya Spiderman!
*pstttt..xnampak baju ;p*




Ultraman!Buzzz..



Gaya Titanic.Nampak bebenor iklan baju.Hihi.



Gaya pyjamas vs coffee table



Tapi,ade sorang ni dia asyik buat gaya tersendiri. Ape nak jadi pon,jadilah kata dia. Janji bahagia kan dik :)








Tadaaaaaaa....!!!














Comeykan?



Walaupun penat tahap nak pitam, tetap seronok melayan permata-permata Jannah bertiga ni. Macam2 ragam.Alhamdulillah, urusan permulaan kami dipermudahkan. Terima kasih anak2 sebab tolong mama2 kamu. Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan sihat.

Terima kasih kerana sudi menyinggah. 
By : Admin Lala Razak





































Friday 21 December 2012