[PERMATA HATI]
Assalammualaikum
DI BALIK TABIR KEMATIAN. Buku terbaru yang sedang di baca untuk menambahkan ilmu yang sentiasa kurang ni. Tapi ada satu petikan yang nak dikongsi dengan mummy2 terutamanya mummy yang pernah keguguran / anak meninggal dunia semasa kecil.
[Bagi seseorang yang ditinggal mati oleh anak atau kerabat terdekatnya, ia harus menjadikan contoh bahawa anaknya itu berangkat ke negeri yang juga akan ditujunya. Dengan demikian, ia tidak perlu merasa sedih dan menyesal kerana tidak lama lagi dia pasti akan menyusul. Jadi ini soal siapa pergi dulu dan siapa yang kemudian. Begitulah kematian. Yang satu berangkat terlebih dahulu kemudian disusul oleh yang lainnya. Jika seseorang meyakini seperti itu, ia tidak akan terlalu bersedih dan mengeluh. Apa lagi ada hadis yang menerangkan tentang pahala bagi orang yang ditimpa musibah ditinggal mati anaknya.]
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bagiku kehilangan seorang bayi kerana keguguran itu lebih aku sukai daripada meninggalkan seratus orang anak yang semuanya menjadi pasukan berkuda yang berperang di jalan Allah."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Takziah buat sahabat yg baru keguguran.
Terima kasih kerana sudi menyinggah
By ; Admin Lala Razak