Salam Petang...
Baru selesai training hari ni...Health, safety, environmental and quality (HSEQ) awareness 2013. Training yang dijadikan acara tahunan untuk memberi kesedaran kepada staff tentang pentingnya perkara2 di atas. Seperti biasa, di awal training, semuanya segar bugar...dah masuk bab presentation, ni yg semua malas...Masing2 menunding jari suruh orang lain present...last2 semua kena..!hehe...
Sementara nak tunggu waktu nak balik, saje je update blog dulu skjap...Rasanya mcm tangan ni gatal jek nak menaip sesuatu...Nothing much i wanna say actually, it can be described in one word ie RESPECT..!
Menghormati hak orang lain...!Mungkin sesuatu yang dipandang enteng oleh sesetengah orang...Tapi bagi aku seorang ibu berkerjaya, perkara ini adalah sangat penting...Pada pendapat aku, kita mestilah menghormati hak dan privasi oran lain, so secara tak langsung, orang juga akan menghormati hak dan privasi kita. What you give you get back...!hehe
Siapa yang kita perlu hormat...?1st of all tentulah orang yang paling penting dalam hidup kita, iaitu ibu bapa dan suami...Kemudian diikuti dengan adik beradik, ipar duai, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai dan orang disekeliling kita.
Jangan pernah untuk menyakiti hati orang lain, walaupun kita sering disakiti...Cuba pendam sehabis yang boleh, then andaikata sampai satu masa tak tertahan lagi, kita perlu berterus terang agar tidak menyakiti hati sendiri. "Berkata benarlah walau kadang kala ianya menyakitkan"...Walalaupun kesan dari berkata benar dan berterus terang itu agak negatif dari pihak yang lainnya, bersabarlah dan terus berdoa agar suatu hari dia akan faham apa yang kita maksudkan...
Di satu sudut yang lain, sentiasalah bersikap peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling...Tiada kepekaan terhadap perbezaan individu akan mewujudkan pelbagai konflik dan berkemungkinan mengarahkan kepada pertelingkahan...
Terima kasih kerana sudi membaca...........